Sunday, April 12, 2020

Aspek Minda

Bagaimana Minda Kita Dijajah dan Bagaimana Untuk Memerdekakannya?
 
Penjajahan fizikal adalah satu perkara manakala penjajahan minda adalah satu perkara lain yang menuntut lebih banyak perhatian. Merdeka daripada penjajahan fizikal memerlukan pengorbanan darah. 

Menyorot kembali kisah Rasulullah s.a.w. dengan para sahabat selepas pulang dari medan pertempuran. Mereka bersorak gembira tetapi Rasulullah s.a.w. mengingatkan mereka bahawa sesungguhnya mereka baru kembali dari satu jihad kecil dan kini berhadapan dengan jihad yang lebih besar iaitu jihad melawan hawa nafsu. Kisah ini menunjukkan betapa menentang sesuatu yang berbentuk fizikal adalah mudah, namun melawan sesuatu yang tidak nampak seperti nafsu adalah lebih sukar lagi.

Dalam konteks kemerdekaan ini, kalau boleh disamakan dengan kisah di atas, ia menunjukkan bahawa memerdekakan diri dari penjajahan fizikal adalah secara relatifnya lebih mudah dari memerdekakan minda yang terjajah. Oleh itu, perkara ini memerlukan perhatian kita semua.

Ramai yang merasakan bahawa generasi muda negara ini tidak dapat menghayati erti kemerdekaan kerana mereka dilahirkan sesudah kemerdekaan itu dicapai. Perkara ini kerap diutarakan oleh ramai pihak. Malangnya, tidak ramai yang memikirkan tentang apa yang mesti dan perlu kita lakukan untuk memastikan mereka mengerti erti kemerdekaan yang sebenarnya.
Cuba kita lihat acara-acara yang dirancangkan sepanjang bulan kemerdekaan . Apakah antara acara-acara itu yang khusus untuk remaja? Dapatkah generasi muda memahami erti kemerdekaan melalui pengibaran Jalur Gemilang? Atau melalui konsert di ambang merdeka? Atau dengan menyertai perbarisan dan perarakan? Pada masa yang sama, apakah acara-acara ini dapat menanamkan rasa cintakan negara di kalangan mereka?
Maka, perlu ada usaha yang lebih jitu untuk memastikan perkara ini berlaku. Penganjuran seminar khusus untuk remaja tentang hal ini di bulan kemerdekaan adalah penting. Jika pelbagai seminar dianjurkan sempena Hari Wanita, Hari Keluarga, Hari Alam Sekitar dan sebagainya, mengapa kita tidak berlumba-lumba mengadakan seminar tentang penghayatan kemerdekaan sempena Hari Kebangsaan ini? Usaha negeri Melaka menganjurkan Simposium Penghayatan Kemerdekaan pada tahun lalu adalah sesuatu yang perlu dicontohi oleh pihak lain.
Sebenarnya, erti kemerdekaan, rasa cintakan negara dan pembentukan jati diri bangsa perlu ditanamkan dalam diri kita sepanjang masa. Untuk generasi muda, ia akan tercapai melalui pendidikan. Memang kita ada mata pelajaran Sejarah, tetapi apakah mata pelajaran ini berjaya mendidik generasi muda tentang erti kemerdekaan? Apakah mata pelajaran ini berjaya mewujudkan rasa cintakan negara di kalangan mereka? Ataukah mata pelajaran ini hanya mengajar mereka untuk mengingati tarikh dan peristiwa?
Oleh itu, dengan semangat menyambut kedatangan ulang tahun kemerdekaan yang ke-63ini, kita perlu memikirkan dengan lebih serius tentang bagaimana untuk melahirkan rakyat yang merdeka dalam erti kata yang sebenarnya. Ini lebih relevan lagi dalam konteks di mana Islam menuntut agar umatnya menyiapkan diri dari segala segi untuk menentang musuh-musuhnya.
Kelengkapan senjata adalah satu aspek dalam persiapan ini. Namun, dalam mempersiapkan sumber tenaga manusianya, individu-individu yang merdeka jiwa dan mindanya serta memiliki jati diri bangsa adalah tidak kurang pentingnya
 SUMBER= IKIM

Aspek Kesihatan

Bagaimana Badan Kita Boleh Dijajah?

Badan manusia ini diciptakan sempurna tetapi cara kita mengawalnya dan merawatnya adalah dengan cara yang tidak sihat. Apabila kita mengamalkan makanan yang tidak sihat dan mengambil gula secara berlebihan boleh menyebabkan diri kita ini dijajah oleh lemak lemak jahat. Setelah kita di jajah oleh lemak lemak jahat ini bentuk tubuh badan kita ini akan berubah dari kurus menjadi obesiti atau pun berubah menjadi panda. Lemak lemak jahat ini adalah hasil lemak yang tidak dapat diuraikan untuk menjadi tenaga, apabila tidak dapat diuraikan maka lemak lemak tersebut akan menjajah di bahagian peha, dagu dan perut.

Selain daripada itu , amalan pengambilan gula secara berlebihan akan menyebabkan badan dijajah penyakit diabetes. Amalan ini akan menyebabkan organ pankreas akan menghasilkan jumlah insulin yang banyak untuk mengawal gula dalam badan kita. penyakit diabetes atau kencing manis akan menyebabkan sell sell kulit mati serta akan merosakkan anggota badan seperti kaki ... sekiranya seseorang yang penghidap kencing manis masih mengambil gula berlebihan sehingga organ dalaman dan anggota badan tidak mampu menampung jumlah gula berlebihan maka kesannya dapat dilihat dari luka yang lambat kering , ada yang sampai membusuk dan akhirnya terpaksa di potong.

Bagaimana Untuk Merdekakan Badan Kita?

Untuk merdekakan diri kita, kita harus amalkan gaya hidup yang sihat.

Pengambilan makanan mengikut piramid makanan dapat membebaskan diri kita dari masalah obesiti kerana pengambilan tersebut adalah seimbang. Sebagai insan yang normal kita perlu memakan sayur sayuran dan buah buahan untuk mendapatkan khasiat untuk proses pencernaan diri manusia. Pengambilan kalsium juga penting untuk kekuatan gigi dan tulang serta tumbesaran yang sihat dengan meminum susu. Pengambilan protien yang seimbang akan memberikan jumlah tenaga kepada badan manusia serta dapat membantu dalam proses harian mereka dan seterusnya.

Amalan bersenam, bersukan dan riadah dapat mencairkan serta membakar kalori yang ada dalam diri kita. Amalan ini wajar di jalankan seharian untuk mengelakkan diri kita dari pengumpulan lemak di anggota badan kita. Apabila kita bersenam peredaran darah kita dan denyutan jantung kita akan menjadi normal kerana seluruh arteri kita tidak tersumbat. Apabila peluh banyak keluar itu adalah tanda bahawa lemak kita sedang mencair.


Sekian ...

Saturday, April 11, 2020

Aspek Islam

Adakah diri kita ini masih dijajah?
Ya... Kerana apabila kita tidak beriman dengan maha pencipta maka diri kita ini dijajah dan dikuasai oleh Syaitan  yang sentiasa menghasut dan berbisik untuk diri kita bertindak dengan melanggar perintah allah (spt berzina,meminum arak, berjudi, merompak, memakan harta anak yatim dan mensyirikkan allah) dan akan menyebabkan sesat serta akan membawa kita  ke dalam api neraka...  
Bagaimana untuk kita memerdekakan diri kita ini
Sebagai umat islam kita harus beriman kepada Allah Swt , lakukan solat 5 waktu amalkan zikrullah serta tidak melaksanakan larangan allah. Apabila kita amalkan semua perkara tersebut maka diri kita ni akan bebas dari penjajah iaitu syaitan.. Syaitan ini tidak berani mendekati orang yang benar benar beriman kepada allah dan mengikut ajaran Nabi Muhammad Saw kerana mereka (orang yang beriman) sentiasa di lindungi Allah Swt. Maka untuk memerdekakan diri kita harus amalkan perkara perkara wajib sebagai umat islam...

Penerangan Serba Sedikit ...

Apa itu merdeka?

Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka menyatakan  /merdéka/ bebas drpd penjajahan, kurungan, naungan dll; tidak bergantung pd yg lain; berdiri sendiri: Malaysia negara yg ~ dan berdaulat. memerdekakan memberikan kebebasan; melepaskan drpd penjajahan, kurungan dll. kemerdekaan keadaan merdeka atau bebas; kebebasan: Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai ~ pd 31 Ogos 1957. pemerdekaan perihal atau perbuatan memerdekakan; pembebasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Apa itu Kemerdekaan?

Menurut wikipedia Istilah kemerdekaan digunakan untuk membezakan dengan penaklukan yang merujuk kepada sesuatu kawasan sebagai "wilayah" yang dikawal oleh sebuah kerajaan luaran dari segi politik dan tentera. Perkataan ini kekadang juga digunakan dalam erti kata yang lebih lemah untuk membezakan dengan hegemoni yang merupakan kawalan sebuah negara secara tak langsung oleh sebuah negara yang lebih kuat.

Kemerdekaan adalah taraf permulaan bagi sebuah negara baru muncul (sering kali untuk mengisi kekosongan politik), tetapi sering merupakan pembebasan daripada kuasa yang mendominasi kawasan itu. Dari segi negatif, kemerdekaan juga boleh ditakrifkan sebagai keadaan yang tidak dikuasai oleh kuasa yang lain melalui penjajahan, dasar peluasan kuasa atau imperialisme.
Kemerdekaan boleh diperoleh melalui penyahjajahan, pemisahan atau pembahagian. Walaupun ketiga-tiga ini sering berbetulan dengan kemerdekaan, ketiga-ketiga ini harus tidak dikelirukan dengan pemberontakan yang biasanya merujuk kepada penggulingan pihak berkuasa secara ganas. Ini  hanya bertujuan untuk pengagihan semula kuasa atau tanpa unsur pembebasan seperti dalam kes pendemokrasian dalam sebuah negara dan oleh itu, bentuk negara itu tidak berubah. Umpamanya, Revolusi Oktober Rusia tidak bertujuan untuk memperoleh kemerdekaan negara; sebaliknya Perang Revolusi Amerika Syarikat bertujuan sedemikian.
Autonomi merujuk kepada sejenis kemerdekaan yang diberikan oleh pihak berkuasa yang pada dirinya masih mengekalkan kuasa muktamad terhadap wilayah itu (sila lihat penurunan kuasa). Negeri naungan merujuk kepada kawasan autonomi yang bergantung kepada kerajaan yang lebih besar untuk perlindungannya sebagai kawasan autonomi.
Sebuah negara yang ingin menuntut kemerdekaan daripada pihak berkuasa akan mengumumkan pengisytiharan kemerdekaan, umpamanya Pengisytiharan Arbroath oleh Scotland yang merupakan contoh negara terawal yang masih wujud serta Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat pada tahun 1776 yang paling masyhur.
Terdapat banyak sebab mengapa sebuah negara atau wilayah hendak menuntut kemerdekaan. Kekecewaan terhadap pihak berkuasa merupakan alasan yang sering dikemukakan oleh gerakan-gerakan pengikut faham pemisahan, tetapi kesusahan ekonomi biasanya adalah yang mencetuskan tindakan gerakan-gerakan ini. Cara untuk menuntut kemerdekaan berbeza-beza dari tunjuk perasaan yang aman ke perang saudara yang ganas.
Tarikh kemerdekaan biasanya dirayakan sebagai hari kelepasan negara (Hari kelepasan Am ) yang dikenali sebagai hari kemerdekaan.

Kenapa Harus Merdeka?
Kenapa kita perlu mengusir penjajah?
faktor tabii manusia yang rimas hidup belenggu, tidak rela hidup dalam kesempitan penjajahan, kesengsaraan ditindas penjajah, dan sebagainya, ada satu jawapan yang selalunya terlepas daripada difahami oleh generasi kini.
Kita perlu merdeka kerana kita mempunyai hasrat dan kehendak yang tersendiri dalam hidup bernegara. Kita memiliki agenda yang ingin ditegakkan, tetapi dihalang oleh kuasa yang datang dari luar.
Kehendak dan hasrat itu semuanya diwarisi turun-temurun semenjak kali pertama nenek moyang kita dijajah. Berjuang melawan penjajah kerana mereka menjadi batu penghalang kita menegakkan hasrat kita di tanah air kita sendiri.
Penjajah adalah penghalang kepada kita untuk melakukan sesuatu untuk tanah air kita kerana mereka sentiasa memerhati dan megawal semua tingkah laku kita serta mereka bimbang akan ideologi yang mereka bawa masuk ini akan menjejaskan kedudukan dan kuasa mereka terhadap tanah jajahan mereka. 

Sekian Terima Kasih....