Apa itu merdeka?
Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka menyatakan /merdéka/ bebas drpd penjajahan, kurungan, naungan dll; tidak bergantung pd yg lain; berdiri sendiri: Malaysia negara yg ~ dan berdaulat. memerdekakan memberikan kebebasan; melepaskan drpd penjajahan, kurungan dll. kemerdekaan keadaan merdeka atau bebas; kebebasan: Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai ~ pd 31 Ogos 1957. pemerdekaan perihal atau perbuatan memerdekakan; pembebasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Apa itu Kemerdekaan?
Menurut wikipedia Istilah kemerdekaan digunakan untuk membezakan dengan penaklukan yang merujuk kepada sesuatu kawasan sebagai "wilayah" yang dikawal oleh sebuah kerajaan luaran dari segi politik dan tentera. Perkataan ini kekadang juga digunakan dalam erti kata yang lebih lemah untuk membezakan dengan hegemoni yang merupakan kawalan sebuah negara secara tak langsung oleh sebuah negara yang lebih kuat.

Kemerdekaan adalah taraf permulaan bagi sebuah negara baru muncul (sering kali untuk mengisi kekosongan politik), tetapi sering merupakan pembebasan daripada kuasa yang mendominasi kawasan itu. Dari segi negatif, kemerdekaan juga boleh ditakrifkan sebagai keadaan yang tidak dikuasai oleh kuasa yang lain melalui penjajahan, dasar peluasan kuasa atau imperialisme.
Kemerdekaan boleh diperoleh melalui penyahjajahan, pemisahan atau pembahagian. Walaupun ketiga-tiga ini sering berbetulan dengan kemerdekaan, ketiga-ketiga ini harus tidak dikelirukan dengan pemberontakan yang biasanya merujuk kepada penggulingan pihak berkuasa secara ganas. Ini hanya bertujuan untuk pengagihan semula kuasa atau tanpa unsur pembebasan seperti dalam kes pendemokrasian dalam sebuah negara dan oleh itu, bentuk negara itu tidak berubah. Umpamanya, Revolusi Oktober Rusia tidak bertujuan untuk memperoleh kemerdekaan negara; sebaliknya Perang Revolusi Amerika Syarikat bertujuan sedemikian.
Autonomi merujuk kepada sejenis kemerdekaan yang diberikan oleh pihak berkuasa yang pada dirinya masih mengekalkan kuasa muktamad terhadap wilayah itu (sila lihat penurunan kuasa). Negeri naungan merujuk kepada kawasan autonomi yang bergantung kepada kerajaan yang lebih besar untuk perlindungannya sebagai kawasan autonomi.
Sebuah negara yang ingin menuntut kemerdekaan daripada pihak berkuasa akan mengumumkan pengisytiharan kemerdekaan, umpamanya Pengisytiharan Arbroath oleh Scotland yang merupakan contoh negara terawal yang masih wujud serta Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat pada tahun 1776 yang paling masyhur.
Terdapat banyak sebab mengapa sebuah negara atau wilayah hendak menuntut kemerdekaan. Kekecewaan terhadap pihak berkuasa merupakan alasan yang sering dikemukakan oleh gerakan-gerakan pengikut faham pemisahan, tetapi kesusahan ekonomi biasanya adalah yang mencetuskan tindakan gerakan-gerakan ini. Cara untuk menuntut kemerdekaan berbeza-beza dari tunjuk perasaan yang aman ke perang saudara yang ganas.
Tarikh kemerdekaan biasanya dirayakan sebagai hari kelepasan negara (Hari kelepasan Am ) yang dikenali sebagai hari kemerdekaan.
Kenapa Harus Merdeka?
Kenapa kita perlu mengusir penjajah?
faktor tabii manusia yang rimas hidup belenggu, tidak rela hidup dalam kesempitan penjajahan, kesengsaraan ditindas penjajah, dan sebagainya, ada satu jawapan yang selalunya terlepas daripada difahami oleh generasi kini.
Kita perlu merdeka kerana kita mempunyai hasrat dan kehendak yang tersendiri dalam hidup bernegara. Kita memiliki agenda yang ingin ditegakkan, tetapi dihalang oleh kuasa yang datang dari luar.
Kehendak dan hasrat itu semuanya diwarisi turun-temurun semenjak kali pertama nenek moyang kita dijajah. Berjuang melawan penjajah kerana mereka menjadi batu penghalang kita menegakkan hasrat kita di tanah air kita sendiri.
Penjajah adalah penghalang kepada kita untuk melakukan sesuatu untuk tanah air kita kerana mereka sentiasa memerhati dan megawal semua tingkah laku kita serta mereka bimbang akan ideologi yang mereka bawa masuk ini akan menjejaskan kedudukan dan kuasa mereka terhadap tanah jajahan mereka.
Sekian Terima Kasih....
No comments:
Post a Comment